Menteri Besar Kelantan meminta Ketua Audit Negara menjelaskan takrif "kemajuan" sewaktu merumuskan aktiviti jabatan dan agensi kerajaan negeri itu tidak menunjukkan kemajuan ketara.
"Saya nak tahu apa definisi maju tu dulu. Ukuran maju ke tak maju ini dikira dari mana," kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas merasmikan sambutan Hari Integriti peringkat negeri hari ini.
Menurut Bernama, beliau diminta mengulas laporan Ketua Audit Negara yang mendapati aktiviti jabatan dan agensi kerajaan Kelantan sepanjang tahun lepas, secara umumnya "tidak menunjukkan kemajuan ketara".
Menurut laporan itu, masalah membabitkan kelemahan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terus berlaku yang membabitkan agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian, Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) dan projek usaha sama Pembangunan Bandar Baru Tanah Merah.
Nik Aziz berkata kerajaan negeri sedia mengatasi semua kelemahan yang dikesan di jabatan dan agensinya.
No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama 59000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2284 3367 (Advertising/Tech/Subscription) | 03-2283 5567 (Editorial) Malaysiakini.com is not responsible for the content of external internet sites