-    +  
Adjust font size:
K'jaan negeri belum lulus permohonan Shahidan...
Sep 4, 08 2:59pm
Kerajaan negeri belum meluluskan permohonan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk menggunakan dewan di Kompleks Warisan di Kangar untuk program Ramadan.

Katanya, sejak 10 tahun lalu, beliau telah menggunakan dewan itu untuk tujuan tersebut.

Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, beliau tidak pasti dapat menggunakannya kali ini kerana permohonannya sehingga ini, belum diluluskan oleh kerajaan negeri.

shahidan kassim 01"Saya tidak diberi apa-apa maklum balas sama ada boleh atau tidak saya menggunakan dewan Warisan atau Dewan 2020," kata Shahidan kepada pemberita di Kangar hari ini.
    
Selama ini, Shahidan yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, menggunakan dewan besar untuk pelbagai program sepanjang Ramadan seperti penyampaian sumbangan kepada golongan ibu tunggal, fakir miskin, warga tua dan anak-anak yatim selain tazkirah Ramadan selepas solat sunat Tarawih.
    
Meskipun gagal mendapatkan kemudahan itu, Shahidan berkata program serupa akan dilaksanakan di masjid-masjid.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner