-    +  
Adjust font size:
Pemuda Perak minta ahli bersikap terbuka
Abdul Rahim Sabri | Sep 5, 08 3:04pm
Pemuda Umno Perak menyeru ahli-ahli pergerakan itu supaya bersikap terbuka ketika memilih calon ketua Pemuda Umno Malaysia dan tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk sentimen.

"Saya menyeru agar Pemuda Perak membuat pertimbangan sewajarnya, matang untuk memilih pemimpin serta tidak disogok oleh pihak-pihak tertentu," kata ketuanya, Zainol Fadzi Paharudin.

Beliau juga menyifatkan pemilihan bagi jawatan tersebut Disember ini sebagai satu persaingan yang sihat dan menarik.

"Semua pemimpin (yang ingin bertanding) telah diuji kerana memberi komitmen dalam parti tetapi dengan cara yang berbeza.

"Persaingan menarik," jelas Zainol Fadzi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz dilaporkan akan membuat pengumuman rasmi bertanding jawatan tersebut di Alor Star petang esok

Selain Mukhriz, terdapat tiga orang lagi yang turut berhasrat untuk merebut jawatan tersebut.

Ahli boleh menilai

Mereka ialah Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin; bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sehubungan itu, Zainol Fadzi menambah, pengumuman awal seseorang calon untuk bertanding adalah satu perkara yang baik.

Langkah itu, katanya,  akan memberi lebih banyak masa dan ruang kepada ahli untuk membuat penilaian terhadap calon yang bertanding.

Menurutnya, ia juga selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan dalam Umno selama ini.

Bagaimanapun, kata Zainol, beliau menganggap pemilihan jawatan dalam Umno adalah amalan biasa.

Oleh itu, beliau berharap agar pertandingan merebut jawatan parti, berjalan dalam suasana sihat dan lancar.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner