Polis menyangkal dakwaan doktor Hospital Pusrawi, yang melakukan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, bahawa pegawai perubatan itu ditekan semasa memberi keterangan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Bakri Zinin berkata kenyataan Dr Muhammad Osman Abdul Hamid diambil pada peringkat awal siasatan kes berkenaan.
Ia dibuat secara paling profesional serta berhemah di pejabat doktor itu, kata pegawai tinggi polis itu, lapor Bernama.
"Kami ingin menegaskan bahawa polis tidak pernah mengenakan sebarang tekanan terhadap Dr Muhammad Osman," katanya dalam satu kenyataan.
Bakri berkata polis tidak boleh mengulas kandungan akuan berkanun Dr Muhammad Osman kerana berkemungkinan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwat melibatkan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful.
No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama 59000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2284 3367 (Advertising/Tech/Subscription) | 03-2283 5567 (Editorial) Malaysiakini.com is not responsible for the content of external internet sites