-    +  
Adjust font size:
Mukhriz persoal penangguhan perhimpunan agung
Sep 27, 08 9:43pm
Exco Pergerakan Pemuda  Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi (MT) menangguhkan perhimpunan agung parti itu yang dijadual Disember ini ke bulan Mac tahun  depan yang dilihatnya memberi impak negatif.
    
kubang pasu division meet 090906 mukhrizBeliau berkata tindakan MT itu menyebabkan ahli Umno  menjadi semakin bosan dengan kepimpinan parti kerana bagi mereka tidak ada keperluan munasabah perhimpunan agung Umno ditangguhkan.
    
Bernama memetik Mukhriz sebagai berkata, beliau sendiri tidak faham kenapa penangguhan itu perlu  dilakukan dan ia tentunya akan memberikan gambaran yang tidak sihat serta boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli akar umbi.
    
"Daripada maklum balas yang saya terima dari seluruh negara,  penangguhan perhimpunan agung Umno itu memberikan impak negatif dan ramai yang mahu  supaya MT membatalkan penangguhan tersebut," katanya.
    
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama ahli Umno Bahagian Temerloh dan Kuala Krau di Temerloh hari ini.

Mukhriz berkata penangguhan yang mengambil masa hanya tiga  bulan dari tarikh asal itu, juga tidak relevan dan tidak memberikan sebarang kelebihan dalam menguatkan semula parti.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner